Sunday 26 June 2011

Majlis Perpisahan n Birthday

Kek Happy Birthday




Assalamualaikum n Salam Sejahtera <3

Pada 24/6/2011 bertempat dia Teratak Diva Shy @ Selayang Baru,

Inilah majlis makan malam yg paling happy dalam perkenalan dgn BFF sekalian walaupun ada seorang yg tak dapat hadir atas sebab2 tertentu. Bila lagi la saat ini akan kembali lagi, aku harap suatu hari akan ada lagi pengumpulan BFF ini.. Lepas ini AKU dah pergi wat sementara dari korang semua utk meneruskan pelajaran aku walupun dalam malaysia AKU akan tetap ingat kalian sampai akhir HAYAT aku nanti, aku sayang korang semua korang la adik beradik aku di waktu aku berjauhhan dari keluarga aku.

Dalam hidup aku ini la kali kedua aku dapat KEK hari lahir dari korang semua. aku sangat2 terharu ;( hukhukhuk ... aku cuba menahan n kawal emosi aku depan korang aku tak nak sedih sebab ini la SATU kenangan akan aku bawa sampai bila2 selagi aku bernyawa.

Aku tahu aku ada wat salah dgn korang aku, korang terlalu baik korang terlalu ambik berat pasal aku, aku minta maaf ada satu ketika aku buat KORANG MENANGIS korang sanggup datang cari RUMAH aku sampai sesat dimalam hari dan aku tak KUAR jumpa korang aku KEJAM kan, aku minta maaf dgn korang diwaktu korang meraikan birthday BFF lain aku buat hal, aku minta maaf ;( mungin ada lagi yg aku wat korang tak suka terhadapa aku..Aku minta maaf, Aku yang selalu mengecewakan kamu semua BFF.

UTK BFF sekalian puisi di bawah ini utk kalian Ikhlas dari FZI Puisi ini Nukilan dari seorang penulis blog PAPA Q , PAPA Q fzi minta izin ye ;)


Kawan
Aku sayang kamu semua
Aku rindukan kamu
Aku cintakan kamu
Kawan
Kamu terlalu baik kepadaku
Kamu terima aku seadanya
Kamu buatku bahagia
Kawan
Ingatkah waktu itu?
Ketika kamu membuatku tertawa
Saat kamu buatku tersenyum
Ketika kamu buatku keletihan
Saat kamu buatku sedih
Ketika kamu buat aku menangis
Saat kamun buatku terdiam
Tahukah kawan?
Itulah waktu terindah dalam hidupku
Kawan
Aku yang selalu mengecewakan kamu
Aku yang selalu sakiti kamu
Aku yang selalu menyusahkan kamu
Aku yang selalu tidak mengerti pada kamu
Aku yang selalu membuat acuh tak acuh pada kamu
Aku minta maaf
Kawan
Maafkan aku kerana tidak mampu membalas
Namun izinkanlah aku
Untuk ingat kamu sepanjang usiaku
Untuk simpan kamu dalam hidupku
Aku sayang kamu Kawan..

Pada Majlis tersebut Diva shy telah masak makanan yg sedap dah lazat sampai menjilat tangan bukan kaki ye hehehhe.. apa2 pon shy fizz terharu sangat2.. n KEK yg cantik tu terkejut OK kek ada pic muka yg dok kat SOFA tu hahaha, apa2 pon KORANG SEMUA fizz akan ingat sampai bila2 k.... 

I LOVE U  BFF sekalian 

Ok la di bawah ni aku sertakan beberapa pic Makanan yg lazat!!! pada majlis tersebut ;)

Set Meja Yg Meletopppp OK!!! 

Lauk Pauk yg sangat Menyelerakan SEDAP!!!!
Ayam Goreng Berempah 

Ikan Keli Masak Sambal
Ayam Masak Lemak
Sayur Campur
BFF yg Hadir pada Makan Malam tersebut <3

Abg Yan, Adie, Aku, Q, belakang yg bediri tuan rumah DIVA SHY 
Mak Sireh n Kak DJ 
Aiman n Heng
Abg Nafi n Mond
Birthday Girl n Boy heheh pada Bulan 6
Mond sedang ditemuramah oleh Pengacara Ketuk -Ketuk 
Aku n Kek yg sangat2 Cantik tq pada semua <3


Sekian utk kali ini kita jumpa lagi pada entry lain.. 

Thursday 23 June 2011

Kau Yang Teristimewa...

Asalamualaikum n Salam Sejahtera... ;)


Entry kali ini aku nak tujukan pada Orang2 yg teristimewa dalam hidup ku sejak aku berada di Kuala Lumpur selama 7 tahun.. Macam2 Org yg telah aku kenali, diantaranya dibawah ini, KORANG semua memang The BEST!!! lahhh Puisi dibawah ini hasil nukilan dari penulis blog Papa Q KORANG nak baca lagi ada dalam blog dia ;) 


Sahabat aku ingin kau selalu di sini
Menemani hari sepiku
Membahagiakan diriku dikala sedih
Bagiku semuanya sangat bererti



Sahabat dengarlah aku
Andai esok aku bersalah, maafkanlah aku
Andai esok aku jatuh sakit, doakanlah aku
Andai esok aku telah tiada, kenangilah aku



Kerana aku tak tahu bila masa tuhan memanggilku
Sebelum itu terjadi aku ingin kamu tahu
Betapa bahagianya aku dapat mengenalimu
Tapi entah bagaimanakah diriku bila tanpa dirimu





Yang aku gelar SAHABAT



Antara Aktiviti AKU n SAHABAT Sepanjang berada di KL


Kawan yg Paling Best CtZoner ;) aka CtRace
 Menerjah Dato Siti Nurhaliza Sampai ke IPOH ;) 
Bercuti-Cuti Malaysia with BFF
Kenduri Kawin Salah Sorang Akak BFF
With Kawan2 Baik
Yesss Kami Dah !!!
With Mama n Aedy ;)
Kawan2 BBM ;)
Kawan Baru ;)
Ok Sahabat sekalian fizz minta maaf pada korang semua kalau selama perkenelan kita fizz ada wat koranng Sakit hati , fizz ada terkasar bahasa dgn KORANG ke.. harap korang Maafkan Fizz k ;) Korang The Best yg pernah fizz kenal, Insyaallah ada masa kita akan jumpa lagi ;)  
















Monday 6 June 2011

Aku Yang Bernama Mohd Fezi Mustafa

Assalamualaikum.....
Cerita Pertama dalam Blog Aku....

Aku Setelah 28 tahun ;)


Aku merupakan anak SULUNG aka ANAK PERTAMA dari 4 beradik.. Aku di lahirkan pada 6.6.1983, Aku dilahirkan di Sebuah Negeri Di Bawah Bayu SABAH, Aku diberi nama MOHD FEZI.


Oleh ke dua ibu bapa AKU .. BAPA aku bernama Mustafa dan IBU aku bernama Halijah, Aku di besarkan di SABAH sampai umur aku berusia 6 tahun, Selepas itu keluarga aku berpindah ke MELAKA dah aku mula bersekolah di MELAKA bermula dari TADIKA



sampai la ke SEKOLAH RENDAH sampai darjah 4


selepas itu kami keluarga berpindah lagi ke Negeri JOHOR pula aku dibesar kan pula di JOHOR dan mula bersekolah dari darjah 5 sehingga SEKOLAH MENENGAH cuma TINGKATAN 1 



sahaja dah kami SEKELUARGA berpindah lagi ke Negeri KEDAH dan aku menerus kan persekolahan aku dari SEKOLAH MENANGAH dari Tingkatan 2 sampai la tamat dgn jayanya SPM.


Selepas SPM aku mula berkerja Kilang Selama SETAHUN sebelum AKU mendapat SAMBUNG BELAJAR  di KOLEJ LATIHAN PERGIGIAN MALAYSIA PENANG, Sebagai PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN....


Tentu ada yg tertanya KENAPA la family AKU banyak berpindah kan ;)

Kedua Ibu Bapa aku berasal dari Kedah,

BAPA aku Seorang ASKAR sebenarnya AKU ni anak ASKAR jadi dah menjadi kebiasaan ANAK ASRAR berpindah randah ;)

Ok la sampai disini saje dulu utk entry kali ini ;)